Friday, June 4, 2010
~HOW I MET YOUR FATHER~
PEEPS!!!
Berdasarkan tajuk diatas, aku dedikasikan post neh kat mak aku menjelang hari lahir dia pada hari esok, 5/6/2010 , mak, amy sayang mak.
Meh aku cerita kan detik2 macam mane mak n arwah abah aku jumpe dulu. Aku da dengar dekat 3-4 kali da and ini la aku cerita kat korang gune tatabahasa, titibahasa dan tutubahasa aku sendiri. So meh le bace ye....
Di suatu hari yang cerah, seorang gadis pingitan di kampung Rambah Pontian Johor, sedang bersiar-siar menaiki basikal ibunya ke kawasan kampung. Gelaran ratu kebaya pada dirinya sering membuatkannya di perhatikan oleh pemuda-pemuda kampung...
Namun, langit tak secerah yang di sangka, tanpa dia menduga...seorang polis bermisai tipis telah menahan beliau atas kesalahan menunggang basikal tanpa lesen...Gadis pingitan yang ketakutan itu merasa bersalah dan tertunduk diam apabila disoal oleh polis bermisai tipis itu....Tanpa dia membantah, alamat rumah pun diberi seperti yang diminta oleh polis dengan alasan untuk menghantar surat saman....Rasa ketakutan menyelubungi gadis itu beberapa hari kerana takut di marahi oleh ibunya kerana disaman oleh polis bermisai tipis...
Selang beberapa hari kejadian, tatkala gadis itu leka menyidai baju di ampaian, dia ditegur oleh seorang posmen...
"Sal oii, ni ada surat chenta dari abang polis misai tipis"
Tanpa bertanya lebih lanjut, gadis itu mengambil dan membacanya kerana dia tahu, semua surat chenta dari polis bermaksud surat saman dan bukan surat chenta yang sebenar.
Tangan gadis itu menggeletar tatkala membuka sampul surat itu, dalam kepalanya hanya memikirkan bagaimana caranya untuk memberitahu ibunya tentang dirinya yang telah disaman. Lalu, gadis itu pun menguatkan semangat diri dan membuka surat itu....
dan seperti yang diberitahu oleh posmen....itu benar-benar surat cinta...dari si polis misai tipis...bertujuan untuk berkenalan....
Lalu bermulalah kisah cinta antara mereka berdua sehingga ke jinjang pelamin...
gambar di atas satu-satunya gambar yang masih ada dan disimpan baik oleh gadis tersebut....
mak, selamat hari lahir...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
siyes nama we ol sama
ReplyDeletesal
haha
adakah detik perkenalan kami akan sama??
aiceh wakakaka :p
hahaha, aku doakan ko punye detik2 pertemuan akan jadi lebih romantik dari family aku. x pun ko g r apply jadi driver kat syarikat mane2 n cari name pengarahnye farish hakimi...jgn lupe pakai topi time mintak keje driver tu nnti k.hehehe.
ReplyDelete